Wednesday, July 4, 2012

latihan mengajar : amanat dan relief class

Assalamualaikum.

pemberitahuan: sambungan bagi  entri ini mungkin agak lambat sikit.Maaf di atas segala kesulitan


Masih teringat lagi di benak fikiranku,sewaktu hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah dan juga berada di bilik pengetua.Waktu tu,ada pengetua(of course la kn..),GPK,dan GKMP Sains dan Matematik.Tuan pengetua remind us(my friend and i),untuk menimba sebanyak mana pengalaman sepanjang latihan mengajar ini.One of the big issue yang diutarakan adalah class relief.Tuan Haji pesan beliau nak tengok sewaktu kitorg relief apa aktiviti yang kitorang buat.

He suggest us to give some motivation or inspiring story to the students or told about our university.Gkmp pula minta kami mengajar jika dapat relief kelas peperiksaan(tingkatan 3 dan 5) yang hujung-hujung.Cikgu tu cakap just ajar basic thing,bagi soalan maths yang mudah-mudah.Kami juga diberitahu GPK akan memantau apa aktiviti yang kami lakukan di kelas tersebut.Guess what are my action??First relief kelas tingkatan 4 wawasan, & i've been told i 'll teach them so we just get to know each other,they tell their name and us too.

Ok,the next class,5intelek.Its the all-boys class. Masuk dengan azam ,aku kena ajar diorang.Sebab pn.marziana dah pesan so tu memang tanggungjawab aku.Masuk2 kelas,banyak soklan budak2 tanya,maklumlah first time nampak aku.Dan tanpa membuang masa,aku minta diorang keluarkan paper untuk buat soalan math yang aku tulis kat whiteboard.

Alhamdulillah,diorang buat jugak,walaupun nampak macam tak bape nak ikhlas.Soalan aku bagi,jawapan pun aku bagi so tak boleh bagi alasan lah tak nak salin.Budak-budak ni memang jenis suap je kot.sorry to say.Macam mana nak ubah mentaliti diorang aku tak sempat buat sepanjang tempoh praktikal aku.So itu antara kelas yang aku ajar secara paksa.err.Baru 3 hari kot ada kat sekolah masa tu,mungkin cara aku nampak kasar.Oh ye.budak kelas ni cakap aku garang wohh..die cakap kat kawan aku.haha.i'm so proud.erkkkk.eh.eh.bdk kelas yang aku ajar siap ckap kat aku,teacher..teacher kena garang sikit.memang la budak2 ni mcm2 pe'el.

Selain mengajar waktu kelas ganti, aku buat kuiz personaliti diri dengan budak2 ni.Dapat la buat dalam 4 atau 5 kelas.Suka juga budak2 ni sebab kuiz ni tak serius and just for fun.Dah boring buat kuiz(sebab ada yang tak bagi cooperation-buat bising), aku bagi budak2 ni buat crossword puzzle.Aku carik kat internet,print out sendiri then fotokopi banyak-banyak.Memang banyak lah melabur.Tapi bila fikir senang nak control klass nanti,so aku just redha. Oh ye,crossword puzzle ni aku bagi kat lower form je.Memang suka la diorang buat.Senyap je buat, siap tanya lagi boleh ke kalau perkataan tu terbalik ke atas,bawah.huhu.Kalau masuk kelas bijak(kelas first and second) memang cepatlah diorang buat,cikgu ni pun kengkadang buat sekali tapi tengok student yang siap dulu.hehe


oh ye.pengalaman yang juga sangat(1000x)bermakna relief class ni bile kena ajar Maths kat kelas yang hujung2 tu. Ya Allah,memang teruji la tahap kesabaran tu.Budak2 ni memang tahu,kalau aku masuk memang nak ajar Math la tu.Sebab aku pun relief cikgu Math diorang dan memang seharusnya lah aku ajar Math kn.Masa masuk first time tu,ada yang tido,main-main..memang kena kuat semangat cikgu yang ajar kelas ni.Aku kejut je yang tido tu cakap sediakan kertas sy nak ajar math ni.Straight to the point je,malas betul nak bertapis-tapis ayat dengan budak2 ni.Waktu aku ada kelas pun,ada yang cakap tak sopan..depan mata aku ni..balas-balas cakap..cnth:f***.Disebabkan itu first time aku hadapi situasi macam tu aku just senyap dan sambung ajar.


The next next time,masuk kelas yang sama,dalam masa 1jam 10 minit,3 soalan math je dapat bincang dengan diorang.Ada dua period masa tu.First period tu ok la tengok diorang nak belaja tapi after 30 minit macam tu,diorang punya fokus hilang da.Semua sibuk buat kerja kursus Geog.Ok fine,aku stop jap, bagi diorang rest then aku cakap aku akan bagi diorang masa untuk buat keje kursus tu.But after sambung balik tu, aku rasa macam aku tengah cakap dengan dinding.Macam biasa,aku yang bagi soalan,aku yang jawap.And seriously, tak de respon..aku habiskan jalan kira aku kat board dan lepas tu duduk kat meja guru.Dah 2,3 minit aku duduk,baru dengar suara budak2 ni,boleh pula borak2..tadi katanye nak buat kerja sangat=.=!


Ya ALLAH,sabo je la hati,kejap2 aku tengok jam,tak sabar nak keluar kelas.Dan loceng bunyi,aku keluar kelas macam tu je,tak tunggu pun ucapan time kasih budak2 tu.tak perlu2T.T



tulis ikut emosi,bahasa memang tunggang terbalik langgang =.=!

No comments:

Post a Comment