Wednesday, July 4, 2012

latihan mengajar : amanat dan relief class

Assalamualaikum.

pemberitahuan: sambungan bagi  entri ini mungkin agak lambat sikit.Maaf di atas segala kesulitan


Masih teringat lagi di benak fikiranku,sewaktu hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah dan juga berada di bilik pengetua.Waktu tu,ada pengetua(of course la kn..),GPK,dan GKMP Sains dan Matematik.Tuan pengetua remind us(my friend and i),untuk menimba sebanyak mana pengalaman sepanjang latihan mengajar ini.One of the big issue yang diutarakan adalah class relief.Tuan Haji pesan beliau nak tengok sewaktu kitorg relief apa aktiviti yang kitorang buat.

He suggest us to give some motivation or inspiring story to the students or told about our university.Gkmp pula minta kami mengajar jika dapat relief kelas peperiksaan(tingkatan 3 dan 5) yang hujung-hujung.Cikgu tu cakap just ajar basic thing,bagi soalan maths yang mudah-mudah.Kami juga diberitahu GPK akan memantau apa aktiviti yang kami lakukan di kelas tersebut.Guess what are my action??First relief kelas tingkatan 4 wawasan, & i've been told i 'll teach them so we just get to know each other,they tell their name and us too.

Ok,the next class,5intelek.Its the all-boys class. Masuk dengan azam ,aku kena ajar diorang.Sebab pn.marziana dah pesan so tu memang tanggungjawab aku.Masuk2 kelas,banyak soklan budak2 tanya,maklumlah first time nampak aku.Dan tanpa membuang masa,aku minta diorang keluarkan paper untuk buat soalan math yang aku tulis kat whiteboard.

Alhamdulillah,diorang buat jugak,walaupun nampak macam tak bape nak ikhlas.Soalan aku bagi,jawapan pun aku bagi so tak boleh bagi alasan lah tak nak salin.Budak-budak ni memang jenis suap je kot.sorry to say.Macam mana nak ubah mentaliti diorang aku tak sempat buat sepanjang tempoh praktikal aku.So itu antara kelas yang aku ajar secara paksa.err.Baru 3 hari kot ada kat sekolah masa tu,mungkin cara aku nampak kasar.Oh ye.budak kelas ni cakap aku garang wohh..die cakap kat kawan aku.haha.i'm so proud.erkkkk.eh.eh.bdk kelas yang aku ajar siap ckap kat aku,teacher..teacher kena garang sikit.memang la budak2 ni mcm2 pe'el.

Selain mengajar waktu kelas ganti, aku buat kuiz personaliti diri dengan budak2 ni.Dapat la buat dalam 4 atau 5 kelas.Suka juga budak2 ni sebab kuiz ni tak serius and just for fun.Dah boring buat kuiz(sebab ada yang tak bagi cooperation-buat bising), aku bagi budak2 ni buat crossword puzzle.Aku carik kat internet,print out sendiri then fotokopi banyak-banyak.Memang banyak lah melabur.Tapi bila fikir senang nak control klass nanti,so aku just redha. Oh ye,crossword puzzle ni aku bagi kat lower form je.Memang suka la diorang buat.Senyap je buat, siap tanya lagi boleh ke kalau perkataan tu terbalik ke atas,bawah.huhu.Kalau masuk kelas bijak(kelas first and second) memang cepatlah diorang buat,cikgu ni pun kengkadang buat sekali tapi tengok student yang siap dulu.hehe


oh ye.pengalaman yang juga sangat(1000x)bermakna relief class ni bile kena ajar Maths kat kelas yang hujung2 tu. Ya Allah,memang teruji la tahap kesabaran tu.Budak2 ni memang tahu,kalau aku masuk memang nak ajar Math la tu.Sebab aku pun relief cikgu Math diorang dan memang seharusnya lah aku ajar Math kn.Masa masuk first time tu,ada yang tido,main-main..memang kena kuat semangat cikgu yang ajar kelas ni.Aku kejut je yang tido tu cakap sediakan kertas sy nak ajar math ni.Straight to the point je,malas betul nak bertapis-tapis ayat dengan budak2 ni.Waktu aku ada kelas pun,ada yang cakap tak sopan..depan mata aku ni..balas-balas cakap..cnth:f***.Disebabkan itu first time aku hadapi situasi macam tu aku just senyap dan sambung ajar.


The next next time,masuk kelas yang sama,dalam masa 1jam 10 minit,3 soalan math je dapat bincang dengan diorang.Ada dua period masa tu.First period tu ok la tengok diorang nak belaja tapi after 30 minit macam tu,diorang punya fokus hilang da.Semua sibuk buat kerja kursus Geog.Ok fine,aku stop jap, bagi diorang rest then aku cakap aku akan bagi diorang masa untuk buat keje kursus tu.But after sambung balik tu, aku rasa macam aku tengah cakap dengan dinding.Macam biasa,aku yang bagi soalan,aku yang jawap.And seriously, tak de respon..aku habiskan jalan kira aku kat board dan lepas tu duduk kat meja guru.Dah 2,3 minit aku duduk,baru dengar suara budak2 ni,boleh pula borak2..tadi katanye nak buat kerja sangat=.=!


Ya ALLAH,sabo je la hati,kejap2 aku tengok jam,tak sabar nak keluar kelas.Dan loceng bunyi,aku keluar kelas macam tu je,tak tunggu pun ucapan time kasih budak2 tu.tak perlu2T.T



tulis ikut emosi,bahasa memang tunggang terbalik langgang =.=!

Tuesday, July 3, 2012

Software untuk tulis khat(jawi) secara digital

Assalamualaikum.

Hari ni penat betol menghadap lappy sambil godek-godek software kelk ni.Yang da siap download mostly tak leh guna, penat je dowload.Asyik keluar alert: runtime error.Last2 memang give up dah.Gambar kat bawah ni guna cari sendiri nak buat.

Hari ni dah penat nak revise balik apa yang buat,esok maybe insyallah.

UPDATE #Aku tengok macam ramai je view entry ni(perasan-,-).Maaflah sebab aku memang plan nak tunjuk macam mana nak buat kat atas ni tapi masih tak berkesempatan lagi.Oleh itu,ni aku bagi link yang aku download software kelk ini KELK.Selamat mencuba.

Monday, July 2, 2012

cikgu dan boyfriend?

bile lama dah tak buat essay,cenggini le rupenye:'|
att: cerite mungkin telah ditokok tambah untuk memudahkan writer 
mengarang.eceeeh

kelas relief tingkatan 4

          Pelajar2 sedang tekun menyiapkan lukisan PSV hingga ke titis peluh mereka yang terakhir.Masa berlalu,hampir semua pelajar sudah menyerahkan kertas lukisan kepada guru praktikal yang comel itu. Oleh kerana sudah menyiapkan lukisan,pelajar-pelajar mula berjalan ke tempat rakan mereka.Pelajar-pelajar perempuan bergosip sakan bercerita mengenai cikgu praktikal tersebut.Walhal suara mereka yang lunak dan lantang itu sangat didengari oleh cikgu tersebut.Cikgu tersebut mengabaikan sahaja pura-pura tidak mendengar dan berlagak serius menanda kertas peperiksaan Matematik kelas 2RKB.Seorang pelajar lelaki cina tiba-tiba menyapa cikgu praktikal tersebut ," cikgu,kamu tanda kertas apa?".Cikgu praktikal tersebut menjawab dengan rasa gembira kerana pelajar cina telah menegur beliau,"saya tanda kertas adik-adik awak ni,tingkatan 2".Pelajar cina atau abang hensem menurut panggilan kawan-kawan sekelasnya berkata semula," cikgu, saya nak tolong kamu boleh".

Cikgu praktikal tersebut menjawab,"takpelah.terima kasih sebab nak tolong saya ,tinggal sikit sahaja lagi nak habis tanda".Abang hensem tersengih.Dia kemudiannya meminta izin ingin keluar kelas.Cikgu praktikal tersebut mengizinkan,namun di sudut hatinya dia tahu abang hensem sebenarnya mahu ke kelas sebelah untuk lepak bersama rakan-rakannya.Cikgu praktikal tersebut mula pening apabila ramai pelajar memberi alaasan untuk ke tandas walhal sebenarnya mereka ingin keluar dari ke kelas dan duduk di tempat lain.Ada la dalam 10minit cikgu praktikal itu terpaksa mundar mandir di pintu kelas 4 cemerlang dengan gaya ala-ala pak guard memastikan semua pelajar tidak keluar masuk ke kelas sesuka hati.5 minit kemudian,cikgu praktikal tersebut duduk dalam keadaan tenang dan berada-berada betul2 di bawah kipas.Walaupun angin tidaklah sepoi-sepoi bahasa, tetapi hembusan angin itu mampu memberi guru praktikal  itu satu spirit untuk mengekalkan emosi yang baik.Pelajar-pelajar 4 cemerlang pun sudah duduk di tempat masing-masing.Mungkin dah menemui ketenangan sepanjang berada di luar kelas 15 minit yang lepas.Beberapa orang pelajar perempuan mula berkerumun di meja guru praktikal tersebut.Satu suara halus melontarkan pertanyaan,"cikgu.cikgu ada boyfriend tak ?".Guru praktikal tersebut tersenyum memikir sejuta kali(auta) apakah jawapan yang wajar diberikan kepada pelajar perempuan yang manis itu.Jika dikatakan tiada,nanti dia cakap aku tak laku..jika dikatakan ada...err.aku pulak yang menipu.err.getus hati kecil cikgu praktikal itu.

       Lalu cikgu praktikal itu menjawab dengan sejujur dan setulus hatinya,"tak ade".Pelajar tersebut dan beberapa pelajar lain mula bersuara,"cikgu.cikgu tipulah","cikgu tak kan takde.","cikgu,cikgu kan cantik mesti ramai punya boyfriend kat facebook".Cikgu praktikal tersebut tergelak kecil mahu gelak kuat-kuat takut dikatakan tidak sopan,"hehe.apenye.takdepun".Berbunga-bunga hati cikgu praktikal tersebut apabila dipuji cantik walaupun dipuji olah gadis berusia 16tahun.haha,terima kasih,perkataan itu hanya terungkap di dalam lubuk hati guru praktikal tersebut.Pelajar perempuan yang awal-awal bertanya tadi masih lagi tidak berpuas hati dengan jawapan cikgu praktikal tersebut dan berkata,"ala cikgu,saya tengok ramai student nak ngorat cekgu,hah tu..tu.. "Sekumpulan pelajar lelaki lalu di luar kelas 4 cemerlang sambil tersengih-sengih,tidak kurang ada yang tersenyum bagai menyatakan dia adalah lelaki kacak, dan paling yang tidak digemari oleh cikgu tersebut apabila ada pelajar membuat bunyi seperti mahu menyedut siput sedut keluar dari cengkerangnya.Sungguh annoying dan tidak sopan bagi pendapat cikgu praktikal tersebut.Cara mengorat itu seharusnya  deperbaiki dengan memberi coklat atau roses,getus hati cikgu praktikal tersebut. Berbalik kepada soalan pelajar perempuan tadi,cikgu praktikal tersebut hanya tersenyum.

           Pelajar perempuan yang berdiri di sebelah Abang hensem pula berkata,"cikgu,abang hensem ni pun nak ngorat cikgu".Abang hensem buat muka blur mungkin tidak faham bahasa pertuturan atau mungkin juga tanda menafikan kata-kata rakannya.Pelajar-pelajar mula gelak apabila melihat reaksi abang hensem.Kemudian,ada yang bersuara menyatakan,"haaha.korang baju sekolah pun mak ayah belikan ni nak jadi boyfriend cikgu.hahaha.apa lah.".Cikgu praktikal tersebut gelak kecil sambil mengangguk tanda setuju dengan kata-kata pelajar tersebut.Perbincangan masih belum selesai rupa-rupanya,tiba-tiba pelajar perempuan yang berdiri di belakang sekali berkata,"cikgu,saya ada abang ,cikgu kahwin dengan abang saya lah"."errr..",cikgu praktikal itu memberi respon."Wey,abang ko tak hensem tak payahlah kenal dengan cikgu.", pelajar perempuan di sebelahnya berkata.Seisi kelas ketawa berdekah-dekah termasuklah cikgu praktikal tersebut."Kringgg",bunyi loceng yang akhirnya menenggelamkan ketawa dan disertai dengan "terima kasih,cikgu" menandakan sesi persekolahan telah tamat.Cikgu praktikal tersebut tersenyum malah lebih lebar senyumannya dalam hati dan tanpa disedari hari-hari yang dihitung sudah sedikit bilangannya.