Thursday, July 19, 2012

Bekalan masa hadapan 1 : Pelajar hantar buku lewat,cara atasi

Assalamualaikum ^^,

Baru-baru ni saya ada post comment di blog Pn.Khairulniza.Alhamdulillah,dia sudi membalas komen saya.Berikut merupakan komen saya mengenai entri beliau dan soalan dari saya serta jawapan beliau:

Tajuk entri beliau:

Pelajar tidur dalam kelas hanya perlu dikejut dan dibantu supaya tidak mengantuk.


saya:
assalamualaikum.
terima kasih puan di atas perkongsian:)

Semasa tempoh saya berpraktikal(latihan mengajar)di sekolah,banyak kali juga berhadapan dengan situasi pelajar macam ini.Sebelum ini,saya sudah pun membaca entri2 puan dan ia amat berguna kepada saya.Saya kejut pelajar yang tidur itu(sebut nama dia,datang dekat dengan dia) bagitahu hari ni kita nak belajar *cnth:straight line*.Pelajar tersebut bangun walaupun dengan muka yang 'mamai'.Dan pelajar tersebut memang suka curi peluang tidur dalam kelas saya sebab pelajar tersebut kata apa yang saya ajar terlalu senang bagi dia.hem..Kadang-kadang tu saya biar je dia tido sebab latihan yang saya bagi da siap.hehe.
Sekadar berkongsi pengalaman yang tak seberapa kat sini^^,

em.puan,macam pula ye nak pastikan peljar sentiasa hantar latihan/kerja rumah tepat pada masanya.Selalu je ada yang hantar lewat sehari,2hari dan seminggu pun ada=.=!
Puan punya cara macam mana pula ye,suka saya sekiranya puan dapat kongsikan di sini:))
Puan Khairulniza:


Waalaikumussalam.
Cik Nur Izzati, dalam kes pelajar cikgu yang tidur sebab latihan yang diberi terlalu senang padanya, boleh diatasi dengan memberikan latihan yang lebih mencabar. Khas untuk dirinya seorang sahaja. Pelajar ini besar kemungkina berasa bosan.
Bagi memastikan pelajar siapkan latihan atau hantar, semasa latihan saya akan pantau. Kekadang pelajar tidak tahu cara hendak buat latihan. Itu kemungkinan sebab mereka tidak menyiapkan latihan. Ataupun semasa saya mahu mengutip latihan,saya akan minta pelajar meletakkannya di tepi kiri dan saya pergi dari satu meja ke meja untuk mengutipnya. Saya akan catat nama pelajar yang tidak hantar. kemudian, secara umum (di depan kelas) saya akan ingatkan supaya pelajar yang belum siap untuk menghantar kerja keesokan harinya. Kekadang saya minta pelajar hantar terus dan saya minta seorang pelajar tandakan (/) pada senarai diberi. Saya akan panggil nama pelajar yang tidak hantar latihan dan bertanya bilakah dia dapat menghantar bukunya. Kalau pelajar beritahu kerjanya tidak siap, saya akan semak bukunya untuk memastikan bahagian mana yang dia tidak tahu atau tidak boleh buat. kalau perlu, saya akan beri tunjuk ajar atau saya beritahu cara penyelesaiannya. Didoakan agar kita dipermudahkan Allah dalam mendidik. 

Puan Khairulniza adalah seorang yang sangat osem,baca entri beliau bagi saya seribu satu semangat&inspirasi.ecehhh;)


Tujuan post kat sini,so lepas ni tak perlu nak check semula komen yang dibalas puan.Dah disimpan dengan selamat di sini:) 



No comments:

Post a Comment