Alhamdulillah berkesempatan menghadiri majlis ilmu bersama Adi Putra di Bilik Seminar FP tadi.Mulanya,berat hati juga nak pergi sebab dah plan nak buat discussion PDE,tup tup masuk kelas lecturer pesan kena pergi.Memberontak dalam diam juga la masa tu masing-masing,tawu-tawu lah siapa lah suka nak pergi seminar bagai tu.Tapi oleh kerana ia diwajibkan dan berkait dengan asaimen yang MENIMBUN tu,maka pergilah aku dengan niat hati separa ikhlas.Then,bila masuk bilik seminar tuh,nampak Adi Putra wah wah teruja,hensem dah sekarang.haha.dulu pernah jumpa waktu dia kecil lagi umur 9 tahun kecik comel je sekarang dah 14tahun dah besa panjang da malah lebih tinggi dari aku:')Dengan kadar segera,akhirnya niat diperbetulkan dan dengan semangat merakam suara Adi Putra sepanjang program tu.hehe.
Banyak jugak teknik atau formula yang sempat dikongsi oleh Adi Putra dan Cikgu Ghani(ayah Adi Putra).Ter-kaget dan kagum bakal cikgu-cikgu Matematik(rakan2 course) semua tengok kepintaran adik Adi Putra ni.Rasa macam layak ke aku jadi cikgu ni..banyak benda kena belajar lagi:( Seriously ,cara yang Adi Putra tunjuk semua mudah dan senang ingat.Sempat lah tadi belajar untuk sifir 11,5 dan 9 dan juga darab bagi nombor tersebut.Adi Putra cakap untuk Matematik ni jalan kerja tak penting yang penting adalah jawapan.Cikgu Ghani pula cakap .. satu soalan tu,Adi boleh selesaikan dengan berpuluh-puluh cara(40 kot,tak ingat.hehe).Subahanallah.hebatkan.
sumber |
Adi pun ada tulis sebuah buku bertajuk Seni Matematik Islam,harga RM40,ok la tu,affordable kan.Tapi tadi tak beli pun,sebab takde bajet..tapi insyaallah akan beli sebab dah survey kat sini.Berbaloi rasa nya beli buku ni.Sebab kalau pergi kursus bijak Matematik kaedah lain tu yuran pun dah lebih rm50.Cuma tu lah,kalau buku ni kena rajin sikit la,kalau untuk budak-budak tu perlulah guide dari orang yang lebih dewasa.Kalau untuk kita yang dewasa ini pun,rajin2 lah kan diri nak tuntut ilmu kan..pahala tu.
Pernah dengar program QMaths?Yang ni aku pernah lah hampir-hampir nak jadi Guru QMaths.Sempat lah turut serta training untuk setengah hari so dapatlah gak serba sikit ilmu.Tak dapat join sebab masa tu nak habis cuti sem dah:( Ilmu yang disampaikan ni lebih kurang sama macam apa yang adik Adi ni ajar.Qmaths ni pun ade buat seminar,kem2 hari dan tuisyen.So beza kat sini,kalau join program-program macam ni pelajar akan diguide oleh mereka yang professional berbanding dengan membeli buku.Tapi untuk yang ibu bapa yang bijak tu why not ajar je kan anak sendiri.huhu.
sumber dari kawan |
No comments:
Post a Comment