Friday, June 28, 2013

Misi mencari kerja

#Assalamualaikum

Setelah 4 hari berguling-guling dan menonton korea(lagho..lagho), aku mula rasa kebosanan tahap puncak gunung Kinabalu (essh,teringat pulak yang aku terpilih masa tu join Rakan Muda untuk trip daki gunung, tapi aku tolak sebab masa tu kawan-kawan aku tak lepas pun temu duga..tsk.lalu aku tidak turut serta sebab takde geng woi..tsk.).

Lalu aku segera merancang pelan pembangunan diri Julai2013- Oktober2013 (PPJ).hoho.
Untuk permulaan apa yang paling penting dilakukan adalah menulis resume.yes.penting. Dan step yang ini aku selesai dah sebab tu lah boleh gah menulis enttri ini.horey. Seterusnya, sijil-sijil kena ada cop pengesahan.Tak settle lagi ni. Dah fotostat da, tapi ada pulak yang tercicir lagi. So, kena pergi kedai dan fotostat lagi(malasss.grr). Maka hari selasa mungkin baru selesai dapat copnya. Adeh.lambatkan.tak sabar dah nak pergi PPD tu. Agak-agak time pergi nanti orang percaya ke yang aku nak apply jadi cikgu..hehe.Ok selain tu, aku sedang cuba mengisi borang permohonan kat jobsmalaysia.gov.my.Tak habis isi lagi ni, sebab aku pun tak berapa faham apa sebenarnya nak kena isi tu..apa job yang aku mintak tu.haha.takpela isi je la..kot-kot ada yang sangkut. hemmm.

 Haritu masa awal-awal balik mak tunjuk kat surat khabar ada program master pendidikan under UTM kat Melaka ni. Excited daku mendengar, mana lah tahu ada rezeki, boleh sambung, dekat dengan keluarga pulak tu.best woo.Then, mak pun excited lah tunjuk iklan tu.hem.rupa-rupanya program Master tu untuk separuh masa.berimaginasi kejap-paling cepat 2 tahun lebih kut boleh habis untuk master.isnin-jumaat pergi sekolah mengajar.sabtu-ahad pergi kelas belajar.bila umur 25 yey ada master da.-tapi..yuran pengajian sape nak bayar..hutang pt..aduhhh.its all about money.bile pulak nak cari jodohnye.ehh. haha.

see.bukan mudah.walau pun di sudut hati kecil ni teringat juga lah nak sambung master tapi untuk awal ni kerja lah dulu bagi mak dengan ayah rasa dulu gaji  rasmi aku.huhu.So..kerja dulu..bila ekonomi diri dah stabil..dah jumpa mr.future.eh..mungkin boleh tanam semula impian nak sambung master.kot-kot kat oversea ke.ecehh..:)


hey.my future students.beware:P

No comments:

Post a Comment