Wednesday, April 22, 2015

Diari Cikgu 4 : PLC 2

rph versi revise semula


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Masa : 9.45 am -10.25 am
Kelas : 4ST2
Tajuk : BAB 4 Penaakulan Matematik
Objektif Pembelajaran : Melaksanakan operasi yang melibatkan perkataan “tidak” atau  
                                         “bukan”, “dan” dan “atau” pada pernyataan.
Hasil Pembelajaran      :  Pelajar dapat menentukan kebenaran atau kepalsuan sesuatu                 
                                           pernyataan yang  merupakan gabungan dua pernyataan dengan    
                                           perkataan “dan”

Set Induksi: Guru bercerita mengenai mesin ‘polygraph’ yang digunakan untuk menentukan kebenaran kata-kata atau pengakuan seseorang. Di dalam Matematik juga, kebenaran dapat ditentukan dan pelajar akan pelajari pada hari ini.
Aktiviti:
1) Guru menerangkan konsep dengan memberi contoh ‘pelajar A memakai cermin mata dan pelajar B memakai cermin mata’.Guru bertanya adakah betul kedua-dua pelajar itu memakai cermin mata. Contoh yang kedua,  pelajar C dan D suka bersukan( yang sebenarnya pelajar D tidak suka bersukan), jadi guru bertanya adakah benar pernyataan guru itu.Jika salah, pelajar perlu memberi sebab.
2) Guru menulis jadual kebenaran di papan putih.
3) Guru membahagikan pelajar kepada dua kumpulan . Satu kumpulan akan membuat pernyataan palsu dan satu kumpulan lagi akan membuat pernyataan betul.
4) Guru menerangkan cara menentukan pernyataan yang baharu dibentuk sama ada benar atau palsu.
4) Guru memilih pernyataan dari beberapa orang pelajar dan meminta pelajar menyatakan kebenaran atau kepalsuan daripada gabungan dua pernyataan berikut.
5) Guru memberi soalan latihan.
Penutup: Guru bertanya pelajar apakah syarat-syarat yang menyebabkan gabungan pernyataan menjadi benar dan palsu. Guru membuat kesimpulan secara keseluruhan.
ABM : Buku teks.
Refleksi: *bilangan pelajar yang kuasai objektif * kekuatan pdp cikgu



Komen:
-          Buat aktiviti dulu, kalau ada masa buat latihan pengukuhan( bertulis di papan putih)
-          Belajar cara nak tackle pelajar
-          Refleksi jangan guna peratus,guna nombor kuantitif
-          Bertanya soalan pada pelajar yang pasif
-          Daripada jawapan, boleh bertanya lanjut lagi kepada pelajar

-          Teknik penyoalan, boleh guna induksi

No comments:

Post a Comment